Isnin, 3 November 2014

Kebaikan ESP - Soya trbaik NON-GMO

harini saja nak berkongsi kenapa saya memilih ESP sebagai minuman protin saya..pengguna tegar kalau nak tau..hihi...tula kn uolsss kalau nak memilih protin dari sumber tumbuhan haruslah yang bukan GMO ok...

Istimewanya ESP Shaklee. Kerana ia merupakan sumber protein soya terbaik.Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.  ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones

Haa yang saya nak tekankan iaitu soya yg digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO). Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dgn shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti

Mesti ada yang tanya..apa bagusnya kalau soya Shaklee ni Non-GMO...Haa.. ni yang ramai taktahu... mari saya nak tulis sini kenapa kene pilih produk NonGmo berbanding produk GMO.... Produk2 GMO boleh menyebabkan alergy, toxic, potensi kanser. Lagi2 zaman sekarang ni.. produk2 GMO mmg dah makin banyak di pasaran sbb tu mcm2 penyakit sekarang.. contoh yang paling glamor adalah penyakit berkaitan kanser dan allergic.. tu mmg common laa kann..Antara makanan yang tinggi potensi GMO adalah jagung dan soya.. Oleh sebab tu ,,kalau you all nak beli protin dari sumber soya.. pastikan you all baca dulu labelnya, pilih produk yg berlabel NonGMO.. Jangan beli sebab murah or sebab rasa sedap or sebab ikut ikutan.. or sebab nak dapat barang free.. hargai dan sayangi lah badan anda. InsyaAllah nanti saya kongsikan lagi bahaya GMO yg harus anda ketahui.. ... 



psssttt....dan makanan terproses kat luar sana banyak bersumberkn GMO kerana nak memenuhi permintaan bekalan makanan kn..so tepuk dada tanya selera...bukan sunnah? hmmm nasi tu pun bukan.... sy suka esp kerana banyak sebab nanti sy akan share kebaikan protin dalam tubuh badan kita dan keburukan kekurangan protin ok..

terima kasih kerana membaca...

Ahad, 2 November 2014

kebaikan OMEGA GUARD

yeay...bulan ni pun bulan favourite saya (ada bulan yang tak suka ke?) haha... bulan ni adalah promo bagi omega guard...wow...best2...sebab apa best? sebab nak KURUS dan CANTIK...omg...omg nak kurus dan kulit cantik ambil omega guard la uolsss...kalau jantung sihat pump darah cantik of course KULIT GLOWING2 gituw...mesti percaya sebelum berjaya..nak kurus..nak cantik...hihi....

jom kita terjah apa kebaikan omega guard ni pada kita..bahasa pasar MINYAK IKAN..bukan lebihan minyak ikan yang kita goreng ikan tu..

Kenali OMEGA GUARD SHAKLEE


Omega Guard Shaklee merupakan supplemen minyak ikan yang terbaik untuk seisi keluarga. Ia boleh diambil oleh anak seawal usia setahun sehingga ke golongan dewasa dan berusia. Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3 yang termasuk DHA dan EPA (klik sini untuk info lanjut) yang amat penting bagi manusia kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkannya. Jadi, sebab itulah penting bagi kita untuk mendapatkan asid lemak ini daripada sumber makanan atau supplement seperti Omega Guard Shaklee ini.

manfaat omega guard


  • Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai menguyah, dia boleh mengunyahnya.
  • Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.
  • Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  • Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.
  • Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.
  • Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.
  • Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.
  • Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.


  • Apa kebaikan Shaklee Omega Guard?

      1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
      2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
      3. Mencegah pembekuan darah dalam badan, mencegah salur darah dari tersumbat dan mengelakkan strok
      4. Mengekalkan tekanan normal darah dan mengurangkan ketegangan urat leher serta sakit kepala
      5. Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
      6. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
      7. Membakar lemak dengan cepat dan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan (cepat kenyang dan kurang nafsu makan) memberi kesan hebat dalam proses pelangsingan badan
      8. Sangat bagus untuk ibu hamil kerana membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
      9.  Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
      10. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak terutama yang sering demam, selesema, batuk berkahak, asthma dan ekzema.
      11. Membantu menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggang
      12. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis
      13. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
      14. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
      15. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
      16. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
      17. Memelihara fungsi-fungsi sendi, mengatasi kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan
      18. Mencegah penyakit gout dan insomnia
      19. Mengurangkan tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan terutama mengelakkan meroyan di kalangan ibu dalam pantang
      20. Mengurangkan masalah schizophrenia
    TESTIMONI










    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Adibahanan binti Abdillah 
    Shaklee Independent Distributor : ID 882330 
    sms/whatsapp: 017 772 4254
    Pm fb : vitalicious house
    emel : vitwithlove@gmail.com


    Makanan tinggi kandungan DHA, EPA

    Kita sering dengar tentang DHA dan EPA. Tapi, tahukah anda apa itu DHA dan EPA ini? 

    DHA (Asid Dokosaheksaenoat) dan EPA (Asid Eikosapentaenoat) lebih kita kenal dengan Omega 3. Sedangkan AA (Asid Arakhidonat) dikenal juga dengan Omega 6. Baik DHA, EPA dan AA  adalah suatu golongan asam lemak esensial tak jenuh yang sangat diperlukan oleh bayi dalam  perkembangan otak dan masa emas pertumbuhannya.

    Pada saat baru lahir, masa otak bayi hanya 25% dari otak orang dewasa sedangkan pada saat  berumur 2 tahun masa otaknya mencapai 75% dari otak orang dewasa. Jangkamasa 0-2 tahun ini kita kenal dengan "golden period", iaitu masa emas pertumbuhan otak anak.

    Mengapa DHA, EPA, dan AA sangat penting bagi bayi?

    DHA, EPA, dan AA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan  prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian inilah yang menunjukan kombinasi DHA, EPA, dan AA dapat meningkatkan fungsi kognitif  dan kemampuan visual pada bayi.

    Penelitian tersebut menyebutkan adanya hubungan antara IQ anak pada saat umurnya  mencapai 3 tahun dengan skor "problem solving".
    Dengan kata lain, berdasarkan penelitian dia atas, bayi yang menerima suplemen DHA dan AA  ini mungkin cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi daripada bayi yang tidak menerima  suplemen DHA dan AA.

    Kesan Pengambilan EPA dan DHA Kepada Kandungan

    Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir dan melihat).

    Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari, wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang
     risiko elergik.


    Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA Kepada Kanak-kanak

    Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protin, fiber, mineral dan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu diambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linolenik asid dan alpha.

    Linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh didapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha-linolenik asid akan ditukarkan kepada omega-3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal. 

    Omega-3 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia iaitu berperanan sebagai :

    ~ sistem imun badan - terutamanya di dalam tindak balas elergik
    ~ sistem pencernaan - mengawalatur sistem pencernaan perut
    ~ membaik pulih sel - pembentukan sel-sel baru
    ~ suhu badan - memastikan suhu badan pada tahap normal
    ~ tekanan bendalir - pada bahagian mata dan telinga

    *sumber : Omega-3 Oils - A practical guide
    Oleh itu, kesimpulannya, untuk perkembangan otak kanak-kanak, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapatkan khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan omega-3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam, kekacang dan sebagainya. Namun, adakah makanan tersebut masih mempunyai DHA dan EPA yang tinggi setelah melalui pelbagai proses? Oleh itu, Omega Guard Shaklee menyediakan EPA dan DHA yang lengkap terutamanya dalam diet seharian anda.


    Makanan yang kaya dengan Omega 3


    1. Telur

    Telur ayam adalah bahan makanan yang bisa Anda temui di mana saja. Konsumsi telur dapat memenuhi asupan nutrisi lemak omega-3 Anda. Kuning telur memiliki lemak sehat. Dari sebutir telur, Anda bisa memperoleh sekira 40-250 miligram asam lemak DHA dan EPA.

    2. Kacang Kenari

    Kacang kenari adalah salah satu bahan makanan nabati dengan kandungan 2.600 miligram lemak sehat yang cukup untuk menutrisi tubuh Anda.

    3. Ikan Salmon

    Ikan salmon yang terkenal tinggi kandungan EPA dan DHA-nya, dapat memberikan sekira 1.600 miligram asam lemak omega-3 yang baik bagi pertumbuhan otak anak Anda.

    4. Ikan Tuna

    Ikan tuna memang saat ini diperbincangkan akibat munculnya merkuri di dalamnya. Namun, jika kita dapat memilih yang masih segar dan tidak mengonsumsi secara berlebihan, ada sekira 1.100 miligram asam lemak yang dapat diserap tubuh Anda.

    5. Biji rami

    Biji rami adalah makanan pertama yang kaya akan asam lemak omega-3. Khasiatnya adalah untuk melawan kolesterol dan penyakit jantung.

    Untuk menjaga nutrisi omega-3 dalam biji rami, simpan makanan tersebut dalam wadah kedap udara. Setidaknya Anda harus makan dua sendok makan biji rami untuk memenuhi kebutuhan omega-3 setiap hari.

    6. Biji chia

    Selain biji rami, chia juga merupakan keluarga biji-bijian berikutnya yang mengandung asam lemak omega-3. Biji chia bisa dikunyah sebagai makanan ringan atau menaburkannya pada salad.

    Biji chia bagus untuk pencernaan, sebab di dalamnya kaya akan serat yang membantu pergerakan makanan dalam proses pencernaan. Nilai plus lain dari biji chia adalah kemampuannya dalam memberikan daya tahan bagi tubuh.

    7. Minyak ikan

    Sebuah penelitian terbaru menyebutkan kalau asam lemak omega-3 juga banyak ditemukan pada minyak ikan. Bentuknya tersedia dalam tablet suplemen maupun sirop.

    Satu pil minyak ikan dalam sehari cukup memenuhi kebutuhan omega-3 bagi Anda. Untuk menjaga nutrisinya, pastikan Anda menyimpan suplemen minyak ikan dalam wadah tertutup yang kedap udara.

    8. Kedelai

    Tidak suka kacang kenari? Coba beralih ke kacang kedelai. Keluarga kacang yang satu ini bisa ditemukan dalam bentuk susu maupun produk lain. Rasanya nikmat dan kaya akan asam lemak omega-3.

    Kedelai juga penuh akan nutrisi seperti serat, zat besi, protein, kalsium, vitamin K, dan folat. Nikmati susu kedelai terutama jika Anda memiliki alergi tertentu terhadap susu sapi.

    9. Kembang kol

    Sayuran yang kaya akan asam lemak omega-3 adalah kembang kol. Nutrisi penting dalam kembang kol di antaranya adalah kalium, magnesium, dan niasin yang mendukung kesehatan jantung.

    Kembang kol biasanya dimasak dengan cara ditumis atau diolah menjadi sup. Temukan resep masakan yang lezat untuk menikmati kembang kol dan mendapatkan nutrisi sehat di dalamnya.

    10. Minyak canola

    Minyak canola mampu menjaga kesehatan jantung karena ada asam lemak omega-3 di dalamnya. Mengganti minyak goreng biasa dengan minyak canola adalah salah satu cara mendapatkan nutrisi di dalamnya.

    Selain itu, minyak canola juga bisa diteteskan ke atas salad sayur sebagai pengganti mayonnaise yang biasanya justru sangat berlemak.

    11. Bayam

    Bayam merupakan sumber makanan kaya akan asam lemak omega-3 adalah bayam. Sayuran berdaun hijau gelap ini bisa dinikmati setiap hari untuk mendapatkan asupan omega-3 bagi tubuh.

    Bayam juga rendah kalori dan tinggi zat besi. Jadi jangan ragu mengolah bayam menjadi makanan lezat dan mendapatkan nutrisi maksimal di dalamnya.

    Nah, itulah 11 jenis makanan sebagai sumber omega 3 terbaik. Mengingat fungsi asam lemak omega 3 yang penting bagi tubuh, maka sering-seringlah mengkonsumsi makanan tersebut.

    kelebihan ostematrix

    alhamdulillah setelah mengalami healing crisis sy kembali sihat.. program #megadose amat2 membuat badan macam ditumbuk2..ayaq..mujur ada OSTEMATRIX..alhamdulillah lega.. sebab tu dalam banyak2 suplimen shaklee saya sgt suka dan highly recomended dgn ostematrix...kalau takde ostematrix rasanya mmg tak lengkap...siapa da makan ostematrix dia akan tahu dan dapat rasa bestnyer ostematrix ni...nak2 macam saya ni menyusu badan lagi la keperluan kalsium sgt penting..


    ostematrix BUKAN SEKADAR KALSIUM

    _____  fakta ringkas: OsteMatrix Membekalkan:
    • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
    • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
    • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
    Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian 

    daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko OSTEOPOROSIS


    selain osteoporosis yang dok dicanang2 tu banyak lagi kelebihan ostematrix ni...

    Kalsium sinonim dengan untuk kebaikan tulang. Namun hakikatnya, kalsium berperanan jauh lebih besar dari sekadar kebaikan tulang untuk tubuh kita.  Ada pelbagai manfaat yang kita tak nampak, juga kita tak sedar sebenarnya. 

    Jom kita tengok satu persatu...

    Manfaat Utama Ostematrix


     Menguatkan Tulang             

    Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

    Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas 
    Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur  akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

     Meringankan Stress 
    Ianya mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

    Memperbaiki Masalah Haid 
    Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.

     Pengalkalian Tubuh 
    Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. 

     Vitamin D 
    Dinamakan Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Juga bagus untuk mereka yang  vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.

    Magnesium 
     Magnesium merupakan antara ion positif yang penting  didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan  komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf,  mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

    Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum 
    Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan un tuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.


    sebab itula wahai pembaca sekalian janganlah anda memandang rendah akan bekalan kalsium harian kita..dan kalau mencari2 sumber kalsium haruslah yang mempunyai zinc , boron, manganes dan kuprum sebab barula lengkap IBARAT ANDA SUSUN BATU BATA DAN SIMEN ITU SEBAGAI AGEN MENGUKUHKAN STRUKTUR BATU ITU.. itu jugala ibaratnya kalsium dan magnesium tanpa magnesium kalsium tidak mampu menyerap dengan efektifnya.






    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Adibahanan binti Abdillah 
    Shaklee Independent Distributor : ID 882330 
    sms/whatsapp: 017 772 4254
    Pm fb : vitalicious house
    emel : vitwithlove@gmail.com

    Rabu, 15 Oktober 2014

    Bahaya DIABETES semasa hamil


    Apakah itu diabetis gestasi?
    Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 % ibu hamil diserang penyakit ini. 

    Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya,  iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera 

    disimpan. 

    Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak  gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

    Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan,  berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 







    Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
    Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan

    Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 

    Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
    · keletihan;
    · dahaga yang terlampau;
    · membuang air kecil dengan banyak;
    · penglihatan kabur.

    Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 


    Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
    Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda  dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan  yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 

    Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 

    Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal 

    Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti. 





    Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
    Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi  jika: 
    · Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
    · dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
    · anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
    · keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
    · keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.




    Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
    Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu  bersenam
     Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik. 

    Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. 

    Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya. 

    Anda perlu melakukan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda. 

    Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan  senaman?
    Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri. 

    Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan  dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda  selepas kelahiran



    Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
    Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan. 

    Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal. 


    Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
    Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali. 

    Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama. 

    Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya. 

    Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi. 

    Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum  saya hamil?
    Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik   tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan. 

    Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik. 

    Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang  kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi  anda. 

    Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami  masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin. 



    sumber: babycentre.com.my