saat entry ini ditulis juga sy sedang mengepam susu untuk putera kesayangan saya muhammad ammar zayyan...juga mengimbau kembali saat menyusukan muhammad amsyar dayyan yg berjaya fully breastfeed sehingga setahun 2 bulan dan dicampur formula milk di saat memiliki ammar di dalam rahim..hihi...namun sedihnya hanya dapat menyusukan putera sulung muhammad aidil rayyan secara eksklusif selama 4 bulan sahaja..
tetapi diri ini tetap nekad juga untuk menyusukan anak selagi boleh..semoga dipermudahkan
Dalil Penyusuan Bayi Selama Dua Tahun
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". – Al Ahqaf 15
6 bulan; tempoh minumun mengandung
24 bulan = 2 tahun: tempoh menyusu bayi…. Bersamaan 30 bulan!
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 14
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan. Al Baqarah 233
oleh sebab itu saya suka menyarankan untuk ibu2 menyusukanlah anak2 semampunya...Allah ada bantu kita..in shaa Allah..sentiasa berdoa akan rezeki dariNya untuk anak...
ok kita sambung nanti dengan tips2 penyusuan..assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan