Rabu, 15 Oktober 2014

Bahaya DIABETES semasa hamil


Apakah itu diabetis gestasi?
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 % ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya,  iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera 

disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak  gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan,  berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 







Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
· keletihan;
· dahaga yang terlampau;
· membuang air kecil dengan banyak;
· penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 


Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda  dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan  yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal 

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti. 





Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi  jika: 
· Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
· dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
· anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
· keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
· keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.




Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu  bersenam
 Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik. 

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. 

Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya. 

Anda perlu melakukan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda. 

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan  senaman?
Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri. 

Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan  dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda  selepas kelahiran



Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan. 

Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal. 


Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali. 

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama. 

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya. 

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi. 

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum  saya hamil?
Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik   tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan. 

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik. 

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang  kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi  anda. 

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami  masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin. 



sumber: babycentre.com.my 

Selasa, 7 Oktober 2014

SHAKLEE Get Clean Water Pitcher idaman semua

So..harini just nak share story tentang produk dari Shaklee yang baru ada beli ni ha. Namanya Get Clean Water Pitcher dari Shaklee..mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011. Mungkin ada yang tak perasan mengenai kewujudannya kan? Mungkin dah ramai perasan tapi belum masuk kategori yang menggunakannya. So macamana rupanya ye? haa..ni dia.




Menarik tak? Sekali pandang macam jug heater air biasa tu aje kan? cumanya yang ini tak perlu sambungan pada bekalan elektrik dan yang pasti ia bukan jug heater hehe tapi WATER PITCHER. Ringkas, mudah alih dan boleh MENURAS KANDUNGAN AIR sepertimana kebanyakan 'water filter' yang banyak di pasaran. Untuk SATU BLOK PENURAS boleh menuras sehingga 303 LITER air atau bersamaan dengan 80 gelen air. Paling kurang hanya perlu menukar blok penuras berjaring tu sahaja apabila mencecah kapasiti yang disarankan iaitu 303 liter / 80 gelen air. Ataupun setidak-tidaknya boleh tukar blok penurasnya apabila mencecah jangkamasa penggunaan setiap 4 bulan. Kiranya mana yang capai lebih awal la.

Kenapa saya tertarik nak memilikinya??

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya rasa ramai keluarga harini memilih untuk menggunakan pelbagai jenis penapis air yang banyak di pasaran sekarang. Dan rata-rata harganya mencecah ribuan ringgit. Ada juga yang murah sket tapi masih dalam lingkungan ratusan ringgit yang harganya menjangkau 600 lebih kan? Perlukah anda mempunyai penapis air? Itu tepuk dada tanya selera...ehhh bukan!! tanya diri sendiri bagaimanakah KUALITI AIR di kawasan anda diami. Jika anda rasa anda perlu, bolehla dapatkan  mana-mana penapis air yang anda mampu miliki dalam bajet anda. Dah lama dah saya survey untuk memiliki penapis air. Cuma kebanyakannya diluar lingkungan kemampuan saya untuk memilikinya. Kat rumah mak saya pakai yang jenama BIO AURA..so kiranya adalah menjadi sedikit kebiasaan di situ mendapatkan air bertapis untuk dijadikan minuman harian. Ade beza ke minum air bertapis dengan air tidak bertapis?? Emm..kalau anda belum pernah cuba kena la cuba rasa dulu yer. Saya tak mau dianggap 'bias' dalam memberi pendapat itu. Tapi terus terang saya katakan selama kami dirumah sewa ni kami banyak bergantung pada air yang dibeli dari mesin-mesin vendor kat kedai2 tu. Nak beli penapis rasa takde bajet. So tiap2 minggu itu la kejenya. pegi beli air...pegi beli air..angkat letak dalam bekas air yang besar gedabak 10L. Tiap kali beli dalam 2-3 botol...hahaha. Jenuh mak nak angkat u...berat!

Akhirnya setelah berkira-kira itu ini lepas dengar orang kata pembelian air mesin ade risiko dari segi tahap kebersihan sebab kita tak tahu owner dia buat servis pencucian tempoh berapa lama baru nak sekali cuci. Tambah-tambah ada kata kita tak nampak kut ada tikus lipas dan seangkatan dengannya merayap dekat sumber air/penapis ke...aduuiiii..gerun! Makanya setelah 

ditimbangkira..maka saya pun beli la satu WATER PITCHER from Shaklee ni. Kenapa?? ini sedikit fakta dari web Shaklee saya copy mengenai Water PITCHER ini:


*************************************************************
MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa 
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak 


KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


************************************************************
Paling penting juga saya katakan ia mampu milik! Dengan harga serendah RM460 WM/RM483 EM  pun anda dah boleh miliki jag penuras air mudah alih ni tau!

hat ni tang yang sonok sekali sebab penurasan yang sangat bleh dipercayai...tang tu paling memamng mesti n mesti memiliki water pitcher ni. kalau kat uma tu melekat tang sinki ja kan...hat ni iolsss bawa ke mn sahaja..so di mn2 dapat bekalan air bersih dan YANG PASTI anak2 takkan ingat ayaq manis tu..suka sgt minum air dalam jug ni..menandakan air yang dituras oleh get clean water pitcher ni sedap...







Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Adibahanan binti Abdillah 
Shaklee Independent Distributor : ID 882330 
sms/whatsapp: 017 772 4254
Pm fb : vitalicious house
emel : vitwithlove@gmail.com