Selasa, 7 Oktober 2014

SHAKLEE Get Clean Water Pitcher idaman semua

So..harini just nak share story tentang produk dari Shaklee yang baru ada beli ni ha. Namanya Get Clean Water Pitcher dari Shaklee..mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011. Mungkin ada yang tak perasan mengenai kewujudannya kan? Mungkin dah ramai perasan tapi belum masuk kategori yang menggunakannya. So macamana rupanya ye? haa..ni dia.




Menarik tak? Sekali pandang macam jug heater air biasa tu aje kan? cumanya yang ini tak perlu sambungan pada bekalan elektrik dan yang pasti ia bukan jug heater hehe tapi WATER PITCHER. Ringkas, mudah alih dan boleh MENURAS KANDUNGAN AIR sepertimana kebanyakan 'water filter' yang banyak di pasaran. Untuk SATU BLOK PENURAS boleh menuras sehingga 303 LITER air atau bersamaan dengan 80 gelen air. Paling kurang hanya perlu menukar blok penuras berjaring tu sahaja apabila mencecah kapasiti yang disarankan iaitu 303 liter / 80 gelen air. Ataupun setidak-tidaknya boleh tukar blok penurasnya apabila mencecah jangkamasa penggunaan setiap 4 bulan. Kiranya mana yang capai lebih awal la.

Kenapa saya tertarik nak memilikinya??

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya rasa ramai keluarga harini memilih untuk menggunakan pelbagai jenis penapis air yang banyak di pasaran sekarang. Dan rata-rata harganya mencecah ribuan ringgit. Ada juga yang murah sket tapi masih dalam lingkungan ratusan ringgit yang harganya menjangkau 600 lebih kan? Perlukah anda mempunyai penapis air? Itu tepuk dada tanya selera...ehhh bukan!! tanya diri sendiri bagaimanakah KUALITI AIR di kawasan anda diami. Jika anda rasa anda perlu, bolehla dapatkan  mana-mana penapis air yang anda mampu miliki dalam bajet anda. Dah lama dah saya survey untuk memiliki penapis air. Cuma kebanyakannya diluar lingkungan kemampuan saya untuk memilikinya. Kat rumah mak saya pakai yang jenama BIO AURA..so kiranya adalah menjadi sedikit kebiasaan di situ mendapatkan air bertapis untuk dijadikan minuman harian. Ade beza ke minum air bertapis dengan air tidak bertapis?? Emm..kalau anda belum pernah cuba kena la cuba rasa dulu yer. Saya tak mau dianggap 'bias' dalam memberi pendapat itu. Tapi terus terang saya katakan selama kami dirumah sewa ni kami banyak bergantung pada air yang dibeli dari mesin-mesin vendor kat kedai2 tu. Nak beli penapis rasa takde bajet. So tiap2 minggu itu la kejenya. pegi beli air...pegi beli air..angkat letak dalam bekas air yang besar gedabak 10L. Tiap kali beli dalam 2-3 botol...hahaha. Jenuh mak nak angkat u...berat!

Akhirnya setelah berkira-kira itu ini lepas dengar orang kata pembelian air mesin ade risiko dari segi tahap kebersihan sebab kita tak tahu owner dia buat servis pencucian tempoh berapa lama baru nak sekali cuci. Tambah-tambah ada kata kita tak nampak kut ada tikus lipas dan seangkatan dengannya merayap dekat sumber air/penapis ke...aduuiiii..gerun! Makanya setelah 

ditimbangkira..maka saya pun beli la satu WATER PITCHER from Shaklee ni. Kenapa?? ini sedikit fakta dari web Shaklee saya copy mengenai Water PITCHER ini:


*************************************************************
MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa 
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak 


KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


************************************************************
Paling penting juga saya katakan ia mampu milik! Dengan harga serendah RM460 WM/RM483 EM  pun anda dah boleh miliki jag penuras air mudah alih ni tau!

hat ni tang yang sonok sekali sebab penurasan yang sangat bleh dipercayai...tang tu paling memamng mesti n mesti memiliki water pitcher ni. kalau kat uma tu melekat tang sinki ja kan...hat ni iolsss bawa ke mn sahaja..so di mn2 dapat bekalan air bersih dan YANG PASTI anak2 takkan ingat ayaq manis tu..suka sgt minum air dalam jug ni..menandakan air yang dituras oleh get clean water pitcher ni sedap...







Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Adibahanan binti Abdillah 
Shaklee Independent Distributor : ID 882330 
sms/whatsapp: 017 772 4254
Pm fb : vitalicious house
emel : vitwithlove@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan